Assalamualaikum wbt,

10 Resepi Apam Kukus | Cantiknya apam kukus pelbagai bentuk, enak dimakan dan menarik untuk dihidang kepada anak-anak, suami mahupun tetamu. Pelbagai jenis apam yang boleh kita hasilkan, antaranya apam ais krim conetto, apam nasi, apam mekar dan macam-macam lagi. 

Jadi, hari ini mommy akan kongsikan pula beberapa resepi masakan apam kukus. Anda boleh cuba dirumah dan dikongsi dengan rakan-rakan dan juga keluarga. 

10 RESEPI APAM KUKUS PELBAGAI 

1. Resepi Apam Kukus Conetto Dan Apam Kukus Mekar


 Bahan :

300 gram tepung gandum cap sauh, 1 sdt baking powder, vanili ( campur jadikan 1, diayak )
3 butir telur
150 sprite
200 gram gula pasir putih bersih
1 sdt TBM
pewarna pasta, merah , kuning, hijau.
cetakan cup bolkus mekar , cetakan bolkus cornetto , kertas bolkus, 4 kertas pembungkus nasi.

Cara membuat :

Panaskan kukusan dandang beserta cetakan yg dialasi kertas. Kemudian bikin adonan .
Kocok dg mixer , telur + gula sampai mengembang + TBM . Masukan terigu sedikit demi sedikit + baking powder, vanili , + sprite . Hingga tercampur rata . Pisahkan adonan menjadi 3 bagian. Merah , kuning , hijau.

***Bolkus cup Mekar : 

Tuangkan adonan ke dalam cetakan bolkus cup yg sdh dipanaskan ( 6 cup saja ). Cetakan bolkusnya coba 1 dulu ya bunda. Kalau mekarnya bagus. Lanjutkan proses pengukusan hingga adonan habis. Kukus 10 menit dg api besar .

*** Bolkus Cornetto 

Siapkan cetakan bolkus cornello, panaskan dlm kukusan dandang, karena saya ga punya cetakannya, saya pakai cetakan es krim lolipop dialasi dg kertas pembukus nasi yg wrn coklat . Kertasnya dibentuk kerucut seperti corong ( bhs betawi bilangnya corong ) isi cetakan dg 2 sdm adonan wrn hijau, 2 sdm adonan wrn merah , 2 sdm wrn kuning. Takaran ngisi adonannya sesuaikan selera bunda, boleh dilebihkan atau dikurangi. Kukus selama 15 menit dg api besar. Setelah matang. Keluarkan bolkus dari kukusan . Permukaan bolkus cornetto Beri topping coklat blok yg dicairkan , boleh ditaburi coklat meisis warna warni, kacang mede yg sdg di goreng , tumbuk kasar ) Selesai deh .

NB : jika ingin bolkusnya mekar cantik, Bahan2 jangan diganti dan takaran bolkus jangan dilebihkan, jangan dikurangi

2. Resepi Kek Span Susu Kukus / Apam Kukus


                                      

Bahan Baking:
250 gr tepung serbaguna
25 gr susu tepung
2 biji telur 1 sudu teh SP secukup rasa
225 gr gula pasir
250 ml susu cair krim penuh
1/2 sudu teh esen vanila

Peralatan membuat kek span susu kukus lembut
  1. Cara pertama kami akan menyediakan terlebih dahulu peralatan yang diperlukan untuk membuat doh kek seperti mixer, baskom, kain bersih, kuali muffin, pengukus dan juga secawan kek dengan bentuk mangkuk dengan tepi jigging. Sekarang, dengan menyediakan peralatan ini, anda akan lebih mudah membuat doh kek dengan lebih mudah dan selesa. Oleh kerana itu, anda tidak perlu pergi dan balik ke dapur kerana anda belum menyediakan peralatan yang anda perlukan.
  2. Sediakan pengukus di atas dapur, tuangkan air secukupnya ke dalam periuk. Hidupkan dapur dan gunakan api sederhana. Jangan lupa masukkan periuk ke dalamnya. Untuk penutupnya, anda boleh melakukan ini dengan melapisi dengan menggunakan kain bersih yang telah disediakan. Ini penting kerana jika tidak dilapisi dengan kain, maka wap yang keluar dari kuali akan menetes ke bawah dan menjadikan adunan yang anda wap akan menjadi basah.
  3. Seterusnya sediakan loyang untuk mencetak doh. Caranya, sediakan loyang dan letakkan cawan kek kertas di atas. Cuba tempelkan cawan kertas pada loyang dengan membengkokkannya ke dalam dan lakukan perkara yang sama untuk semua baki yang tinggal.
  4. Sementara itu, untuk tepung sila campurkan bahan ini bersama susu tepung dan kacau rata. Kemudian tapis dengan menggunakan ayak dan letakkan di dalam bekas yang sama dan ketepikan.
Cara membuat kek span susu kukus
  1. Setelah peralatan anda disiapkan dan bahan-bahan diayak secara merata, sekarang sediakan lembangan yang berdekatan dengan tempat anda dan campurkan telur bersama esen vanila, gula pasir dan SP. Kacau menggunakan pengadun dan gunakan kelajuan tertinggi. Kacau bahan ini sehingga menjadi putih dan kaku selama lebih kurang 10 minit.
  2. Setelah selesai, masukkan campuran tepung ke dalamnya dan kacau secara bergantian. Hanya tuangkan air ke dalamnya dan kacau lagi sekata.
  3. Setelah semua bahan dicampur sekata, matikan pengadun dan gosokkan campuran ke dalam kuali untuk melakukan perkara yang sama hingga sisa campuran sehingga habis.
  4. Kukus campuran dalam kukus selama kira-kira 15 minit atau sehingga dimasak sekata.
  5. Setelah masak, angkat dari api dan hidangkan dalam pinggan. Hidangan kek span ini akan siap dimakan dan dihidangkan untuk keluarga di rumah.

3. Resepi Apam Tepung Beras


Bahan-Bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan aje)
2 cawan tepung beras (cap teratai)
1 sudu kecik yis kering (brand mauripan) jgn guna brand lain esp cap Kijang, nnti kuih apam ni padat walaupun mekar tersenyum.
1 paket kecik eno (biru)
Sedikit pewarna

Cara menyediakan: 
Blend air, gula dan nasi hingga hancur sebati.
Kemudian masukan yis dan tepung beras, blend lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan yang dah siap blend tu ke dalam bekas yg bertutup rapat (biar besar sikit nanti adunan akn naik) biarkan selama 3-4 jam (letak diluar je, tak perlu masuk dalm peti sejuk) (saya selalu wat 3 jam atau 4jam je)

Selepas dah perap tu, kacau adunan perlahan-lahan. bila dah sebati rata tu (sebab mase kite bukak adunan tu akan berbuih) masukkan sepeket eno dan kacau rata lagi. adunan akn naik, mase ni korang dah berangan kuih apam ni pasti akan menjadi.
Selepas tu masukkan sedikit pewarna faveret korang. klu nk lbih dari 1 warna bahagikan adunan tu selepas letak eno. baru bahagi kan dan letak pewarna.

Sementra tu panaskan kukus dan sapukan minyak sedikit di sekeliling acuan comel2 tu. dan biarkan acuan tu panas dulu baru msuk kan adunan apam ni. 

Jangan letak penuh2, letak 3/4 jer ke dalam acuan comel-comel tu. penutup kukus tu msti balut gn kain ye supaya air tak menitik ke atas kuih apam ni. tunggu hingga 15 minit.

4. Resepi Apam Kukus Sebiji

Bahan-Bahan:
1 cwn gula *
1 sdb ovelate*
1 penutup esen vanilla*
4 bji Telur*
4 sdb susu pekat* (option xnak letak pun xpe)
2 cwn gandum
Pewarna

Cara2:
Mix semua yang bertanda * sampai putih gebu, pastu add gandum n mix lagi bagi sebati.
Siap boleh bhagikan adunan ikut warna kesukaan
Tuang adunan ke dalam bekas selang seli or ikut kreativiti.
Kukus 30 mnt/sampai masak
Pastikn tutup penutup kukusan dengan kain yer. Xnak bagi wap jatuh atas apam.
Resepi Asal : Norhafizah Mohamad

5. Resepi Apam Ais Krim


Bahan-Bahan:
1cwn gula
2sudu minyak msk
1sudu ovalate
1sd teh esen vanila
4sudu susu pekat
4biji telur
2cwn gandum

Cara-Cara:
1. Campur semua bahan-bahan, putar sampai putih gebu dalam 7minit. Kukus dlm 10 or 11minit. 
2. Asingkan kepada beberapa warna.
3. Susun kertas minyak (kertas bungkus nasi) bentuk ais krim, susun ke adalam bekas pengukus secara menegak. Bahagian tirus masuk dalam lubang. 
4. Kukus apam di lapisan atas, guna 3 pengukus.

6. Resepi Apam Strawberi


Bahan-Bahan:
140gm tepung gandum
1sdt baking powder
110 gm gula halus
75ml susu segar/susu cair
2 biji telur
1sdk ovelette
1sdb esen vanila
Jem strawberry
Sedikit pewarna merah dan hijau
30 kpg mangkuk kertas

Cara-Cara:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Masukkan tepung yg diayak berselang seli dgn susu segar
  3. Selepas itu, masukkn ovalette dn esen vanila
  4. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
  5. Bahagikan adunan kepda beberapa bahagian dan titiskan pewarna
  6. Masukkn setiap.pewarna dlm piping bag atau plastik bersih
  7. Picit adunan kedlm.mangkuk kertas letakkn filling, utk lebih mudah masukkan filling ke dlm plastik dan picit
  8. Picitkan lg adunan yg sama hingga penuh kemudian hias ikut kreativiti masing2
  9. Kukus selama 10-15 minit api sederhana. Da siappp

Nota
  • jgn gunakan api besar semasa mengukus utk mengelakkan apam merekah
  • balut tudung periuk dgn kain bersih utk mengeĺakkan wap air kukusan jatuh keatas apam
  • ovelette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar utk menghasilkan apam yg gebu

Resepi Asal : Hidayati Hana

7. Resepi Apam Polkadot


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna

**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
  1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
  2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
  4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
  5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
  6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
  7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
  8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.
Resepi Asal : Inaihenna by Kim

8. Resepi Apam Beras Mudah


Bahan-Bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering – mauripan
Kelapa parut putih dikukus – gaul dengan sedikit garam

Cara Membuat:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, masukkan gula dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
3. Masukkan campuran nasi dan gula tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.

4. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
5. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
6. Angkat dan hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

Resepi Asal : Resepi Bonda

9. Resepi Apam Puteri Ayu


Bahan-Bahan:
• 3 biji telur
• 1 cawan gula pasir
• 1 sudu kecik ovelate
• 2 cawan tepung gqndum
• 1 sudu kecik baking powder
• 1 cawan santan kotak
• 1 penutup esen pandan
• 1 penutup pewarna hijau
• kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)

Cara-Cara:
  1. Ayakkan tepung bersama baking powder
  2. Mixer telur gula ovalate dan esen pandan hingga kembang putih. masukkan santan selang seli dengan tepung.mix sebati baru tuang pewarna hijau. mix sebati lagi sekali.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak. tekan kelapa yg dah kukus tadi dekat dasar acuan. tuang adunan tepung paras2 acuan. kukus 10-15 minit api besar. Selamat mencuba.
Resepi Asal : Nurul Amira

10. Resepi Apam Pisang Gebu



Bahan-Bahan:
4 biji pisang berangan (potong kecil)
3/4 cawan gula (nak manis boleh buat 1 cawan)
2 biji telur B
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
2 cawan tepung gandum
Secubit garam
1/2 cawan minyak masak
Cup acuan hijau Putri Ayu

Cara-Cara :
  1. Campak masuk blender semua bermula dari pisang-bahan cecair-tepung. Blend 1 minit. Kaup balik dengan sudu jika tak sebati lagi.
  2. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu. Tuangkan adunan tadi.
  3. Kukus 5 minit / hingga masak Boleh juga masuk dalam cup kertas kecil-kecil / masuk terus dalam loyang.
  4. Siap! Senang kan?

Resepi Asal : Achik Ita JSD Kelantan