Assalamualaikum wbt,
Himpunan 5 Resepi Nasi Popular Di Pantai Timur | Banyak jenis nasi yang sangat popular di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu. Biasanya nasi popular ini sering dicari oleh pelancong yang datang berkunjung ke pantai timur.
Nak tahu tak apa nasi popular di Pantai Timur? Antaranya adalah nasi dagang, nasi minyak, nasi lemak, nasi kerabu dan macam-macam jenis nasi lain. Kali ini mommy nak kongsikan kepada anda resepi nasi-nasi popular yang terdapat di Pantai Timur.
HIMPUNAN 5 RESEPI NASI POPULAR DI PANTAI TIMUR
1. Resepi Nasi Dagang Dan Kuah Gulai
Resepi Nasi Dagang Terengganu:
Bahan-bahan untuk Nasi: -
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya/ Ikan Tongkol :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.
Resepi Asal : KamaRaudah
Masak Cincai Cincai je (MCCJ)
2. Resepi Nasi Minyak Terengganu
Nasi minyak terengganu adalah makanan yang biasa disediakan di pagi hari raya, majlis kenduri kahwin sebagai sarapan pagi. Jom kita layan resepi sedap dibawah.
Bahan Nasi
1 kg beras siam
4 ulas bawang putih - mayang
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
2 cm halia - hiris
125 ml susu cair
1 biji bawang besar - mayang
1 1/4 liter air
1 sudu besar minyak sapi
1 helai daun pandan
garam secukupnya
Bahan Tumis Nasi
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
Bahan Gulai
1 ekor ayam - potong mengikut selera
3 sudu besar cili giling
3 biji kentang dibelah
125 ml santan pekat
3 sudu besat rempah kari
20 ml air asam jawa
2 sudu besar kerisik
air secukupnya
gula melaka, garam, dan gula secukup rasa
Bahan Tumis Gulai
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar gulai
1 cm lengkuas
1 cm halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang kunyit putih
Cara Memasak Nasi Minyak Terengganu
Masak Nasi
- Cuci bersih beras kemudian toskan. kemudian panaskan minyak bersamaminyak sapi dan marjerin.
- Tumis bahan tumis nasi bersama bawang putih, halia, bawang besar, dan daun pandan hingga wangi.
- Kemudian masukan air dan kacau rata hingga biarkan mendidih. selepas mendidih masukan beras, garam, dan susu.
- Akhir sekali, kacau rata dan biarkan nasi masak.
Masak Gulai
- Panaskan minyak dalam kuali kemudian bahan tumis gulai bersama cili giling. masak hingga wangi dan garing.
- Kemudian masukan bahan kisar dan kacau rata. bila sudah garing masukan rempah kari yang dibancuh bersama air dan kacau rata hingga naik minyak.
- Masukan ayam bersama kentang dan air asam jawa. biarkan masak sebentar kemudian masukan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.
- Perasakan dengan gula melaka, garam, dan gula secukupnya biarkan hingga kuah pekat dan mendidih. gunakan api sederhana supaya ayam masak sempurna
- Akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi minyak dan acar timun mentah..
Resepi Asal : Mommy lupa
3. Resepi Nasi Kerabu Sedap
Resepi Nasi Kerabu Kelantan Terlajak Sedap
Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak
Cara cara:
- Kisar cili, bawang bawang dan halia.
- Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
- Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.
Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam
Cara cara:
- Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.
- Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.
Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.
Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk
kredit video : Seminit Resepi
4. Resepi Nasi Ayam
Bahan-Baha:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Sapu/Perap:
5 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu
1 sudu makan minyak bijan
Cara Masak:
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumurkan pada ayam dan perap selama 30 minit atau lebih.
- Panaskan air hingga mendidih dan masukkan ayam. Tutup penutup periuk dan rebus selama 5-6 minit.
- Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
- Gantungkan ayam sekejap anggaran ½ jam atau lebih supaya ayam menjadi kering. Ia bertujuan menghasilkan ayam yang cantik dan berkilat apabila digoreng.
- Panaskan minyak hingga betul-betul panas, Kemudian jirus ayam menggunakan minyak tadi sehingga rata. Bila kulit ayam dah kering, benamkan ayam dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
- Angkat ayam dan sapukan dengan madu secukupnya supaya kelihatan berkilat. Ketepikan.
Resepi Nasi
Bahan-Bahan:
4 cawan beras
1 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
2 helai daun pandan
¼ sudu teh serbuk kunyit
Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air 2 kali ganda dari sukatan untuk masak nasi biasa.
Cara Masak:
- Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi.
- Kemudian masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit.
- Masukkan juga air rebusan ayam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.
Resepi Sos Cili
Bahan-Bahan:
1/2 senduk (nasi) cili kering kisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
Gula, garam dan cuka secukup rasa
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung secukupnya
Cara Masak:
- Satukan semua bahan kecuali air dan tepung jagung dan masak atas api sederhana. Tambah sedikit air.
- Bila cili kelihatan masak, masukkan bancuhan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan sedikit kuah.
Resepi Kicap Ayam
Bahan-Bahan:
5 ulas bawang putih – cincang
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan tepung jagung
Cara Masak:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap, sos tiram,gula dan tambahkan air. Kacau hingga sedikit mendidih.
- Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ayam, sos cili dan juga sup.
Resepi Asal : Pakya Bpj
5. Resepi Nasi Kak Wok
Nasi Kak Wok, nasi putih panas yang dimakan bersama hirisan kecil ayam goreng bersama gulai ayam kakwok dan sambal belacan.
Resepi gulai ayam kakwok
Bahan Bahan:
Bawang bombay – 4 labu
Bawang putih – 5 ulas
Halia – 1 inci setengah
Lengkuas – 1 inci setengah
Rempah kari daging – 3 sudu
Rempah kerutub – 1 sudu
Kacang panjang – potong
Terung potong kecil
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
Santan (jangan pekat sangat)
Garam dan kiub ayam
1 Nisan Kerek / Gula Melaka
Cara-cara Penyediaan:
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.
Ayam goreng harum
Bahan Bahan:
1 ekor Ayam – potong kecil
Garam- 2 sudu kecil
Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Serbuk cili – 1 sudu kecil
Daun kari – 3 tangkai
*Tips, daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.
Cara-cara Penyediaan:
- Ayam basuh bersih dan toskan.
- Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
- Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Sambal belacan ala kak wok
Bahan Bahan:
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara-cara Penyediaan:
Blend kesemua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.
Sumber : Sajian Malaysia / Ellydalux
1 Comments
terima kasih perkongsian, senang untuk jadikan rujukan
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.