Assalamualaikum wbt,
Resepi Biskut Raya Biskut Florentine Sedap Dan Rangup Paling Mudah | Resepi yang mommy kongsikan di blog ini adalah resepi biskut, kek dan masakan kegemaran mommy. Ia juga sebagai rujukan buat mommy apabila nak memasak dan membuat nanti.
Biskut Florentine mommy pernah makan semasa hari raya, Ya Allah sedap sampai teringat-ingat Makan biskut florentine buat kita ralit dan tidak sedar habis satu bekas. Setuju tak dengan mommy? Harga biskut florentine ini juga boleh tahan berpatutan. Jika ada kelapangan dan boleh dibuat sendiri, kenapa nak membeli kan.
Resepi Biskut Raya Biskut Florentine Sedap Dan Rangup Paling Mudah
Bahan-Bahan:
500 gram tepung florentine
500 gram almond flakes
200 gram biji labu
200 gram biji bunga matahari
20 gram bijan hitam
Gunakan cup macam ini |
Cara-Cara:
- Bakar kekacang sebentar dalam 5 minit. Sejukkan sebentar. Jangan masukkan ketika kekacang masih panas.
- Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.
- Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati.
- Sudukan kedalam paper cup, buat nipis sahaja sekadar menutupi dasar cup.
- Bakar suhu 160 darjah celcius selama 10-15 minit.
- Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi Asal : Khairunnisa Mohammad
Resepi lain boleh lihat disini:
1 Comments
Salam Wawa..akak jengah sini
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.