Assalamualaikum wbt,
3 Resepi Kek Coklat Moist Sedap Sukatan Cawan Paling Mudah | Kek Coklat Moist merupakan kek yang digemari oleh semua golongan samada dewasa, kanak-kanak, remaja mahupun bayi yang baru boleh makan. Kek coklat moist sememangnya adalah kek kesukaan mommy. Jika ada peluang untuk membaking kek, kek coklat moist adalah pilihan mommy.
Kek Coklat Moist bukan sahaja sedap, malah ia sangat mudah untuk disediakan. Jika anda pertama kali untuk cuba buat, mommy yakin pasti menjadi. InsyaAllah, dengan syarat kena ikut betul-betul resepi yang dikongsikan ini.
3 Resepi Kek Coklat Moist Sedap Dan Paling Mudah Guna Sukatan Cawan
1. Resepi Kek Coklat Paling Mudah Sukatan Cawan
Bahan-Bahan:
1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
1 Cawan Minyak Jagung
1 Cawan Gula Kastor
3/4 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Cair
1 Sudu Teh Serbuk Vanilla
1 Biji Telur
Cara-Cara:
- Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
- Masukkan minyak, susu, gula, serbuk koko dan vanilla. Gaul sebati.
- Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
- Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.
- Kukus selama 45 minit / Bakar (180'c) selama 45 minit.
Topping Coklat
- Ambil 1 cawan milo.
- Bancuh dengan 5-6 sudu air panas.
- Tuang atas kek dan ratakan.
- Taburkan coklat rice dan coklat chips.
(Atau)
- Patahkan coklat compound atau guna coklat coins, masukkan dalam bekas steel.
- Didikan air panas dalam kuali, masukkan bekas steel.
- Bila coklat mencair, kacau dan masukkan susu cair.
- Masukkan sedikit demi sedikit sahaja, supaya ianya pekat.
- Gaul sebati, kemudian tuang atas kek.
- Taburkan coklat rice & coklat chips.
Resepi Asal : Buat Wanita
2. Resepi Kek Coklat Moist Kukus versi Mudah Paling Mudah
Bahan Dan Cara :
Resepi untuk loyang 7 inci kalau 8 rendah sket kek die ok
4 biji telur
3/4 cwn gula halus
1sk esen vanila
Mix smpai kembang
Masukkn 1/2 cawan susu pekat(saje kurg kan manis sbb mouse coklat nnt dh manis)
3/4 cawan minyak
Sementara tu ayak kan
11/4 cawan tepung gandum+1sk baking powder+1sk soda bikarbonat+3/4 cawan serbuk koko dan sedikit garam halus
Matikan mixer masukkn tepung dan kacau gune senduk
Masukkn 1/2 cawan susu cair atau segar dan
1/4 cawan air panas kacau rata
Panaskan kukusan dan kukus 45 mnt api sederhana
3/4=lebih dr setengah cawan
1/4 =kurg dr setengah cawan (sapa tanya kat komen cikgu sekeh kepala)
4 biji telur
3/4 cwn gula halus
1sk esen vanila
Mix smpai kembang
Masukkn 1/2 cawan susu pekat(saje kurg kan manis sbb mouse coklat nnt dh manis)
3/4 cawan minyak
Sementara tu ayak kan
11/4 cawan tepung gandum+1sk baking powder+1sk soda bikarbonat+3/4 cawan serbuk koko dan sedikit garam halus
Matikan mixer masukkn tepung dan kacau gune senduk
Masukkn 1/2 cawan susu cair atau segar dan
1/4 cawan air panas kacau rata
Panaskan kukusan dan kukus 45 mnt api sederhana
3/4=lebih dr setengah cawan
1/4 =kurg dr setengah cawan (sapa tanya kat komen cikgu sekeh kepala)
Resepi Asal : Azlina Ina
3. Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Sedap Dan Senang
Bahan A
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 1/2 cawan susu cair
3 biji telur
1 sk esen vanila
Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 cawan air panas baru mendidih
Cara-Cara:
- Ayak bahan B, blender bahan A hingga sebati.
- Campur bahan A dan B, kacau sebati.
- Masukkan air panas, kacau lagi dan kukus selama 1 jam.
Resepi Asal : Ina Zurina
2 Comments
waduh waduhhh dapnyeee. tengok time puasa nak dekat maghrib agak terseksa hahaha.
ReplyDeleteSedap! dulu rajin buat..sekarang rajin cuba yang lain.
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.