Assalamualaikum wbt,
Resipi Nasi Lemak Ikan Aye Terengganu | Bila sebut nasi lemak Terengganu, apa yang terlintas difikiran anda? Pastinya sambal ikan aye atau ikan tongkol. Betul ke betul? Nasi lemak Terengganu lebih dikenali dengan lauknya yang dimasak menggunakan Ikan aye atau ikan tongkol. Ikan aye rasanya yang lembut dan sedap, memang enak dimakan bersama dengan nasi lemak. Jika anda belum pernah merasainya, boleh datang ke negeri penyu ini atau lebih mudah, mencubanya sendiri dirumah dengan resepi yang mommy kongsikan ini.
Resepi kali ini lebih istimewa kerana ia adalah Hari Raya kedua, ini bermakna normal kehidupan selepas puasa kembali seperti biasa dimana setiap pagi-pagi, menu masakan orang terengganu adalah Nasi Lemak. Anda boleh mencubanya sendiri dirumah ye. Pastikan anda memilih ikan aye hitam kerana lebih lembut dan isinya lebih sedap.
Resipi Nasi Lemak Ikan Aye Terengganu
Nasi Lemak Ikan Aye Terengganu
Bahan-bahan:
3 cawan beras
Santan secukupnya
Secubit dua garam
Secubit dua gula
Daun pandan
*Boleh juga masukkan halba untuk meningkatkan lebih aroma
Cara-cara:
Himpunkan semua zarah-zarah kasih sayang dalam badan dan masaklah nasi dengan cara meluahkan sayang mengikut citarasa anda.
Sambal Tumis Ikan Aye / Tongkol:
Bahan-Bahan:
4-5 ketul ikan tongkol
9-10 keping asam gelugor
2 senduk sederhana cili kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 labu bawang besar
Gula nisan
Garam secukupnya
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
Minyak
Cara-cara:
Rebus ikan dengan air yang minimum. Masukkan asam keping dan garam. Tambah air dah biar ikan masak dengan api yang kecil. * Makin lama ikan direbus/kukus, akan wow rasanya kerana rasa masam dan masin meresap jauh ke isi ikan.
Goreng ikan yang direbus tadi dan ketepikan. Tak perlu terlalu garing.
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
Dengan menggunakan minyak untuk menggoreng ikan tadi, tumis bersama cili kisar hingga garing dan naik minyak.
Masukkan gula nisan, dan air rebusan ikan.
Seimbangkan rasanya. Masukkan ikan dan bawang besar. Masak lagi hingga bawang layu.
Untuk mencuba resipi masakan yang lain, terus ke link dibawah:
Untuk mencuba resepi yang lain, anda boleh lihat dibawah ini :
0 Comments
Post a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.