Assalamualaikum wbt,
Step By Step Resepi Nasi Lemak Terengganu Original | Bila datang ke Terengganu, hidangan pertama yang di cari adalah Nasi Lemak Terengganu Original atau lebih dikenali sebagai nasi lemak sambal ikan aye masak merah. Menu ini menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung apabila menziarahi atau melawat ke Terengganu.
Bagi anak jati Terengganu, pasti merindukan masakan dan menu wajib setiap pagi ini iaitu nasi lemak ikan aye atau ikan tongkol. Jika anda berkunjung ke negeri penyu ini, anda tidak perlu merasa pelik kerana kebanyakan kedai makan pagi menyediakan menu nasi lemak ikan aye atau nasi lemak Terengganu original.
Namun begitu, dalam keadaan musim pkp pasti ramai yang tidak boleh pulang ke kampung dan rindu untuk makan nasi lemak ikan aye. Betul kan? Jadi, hari ini mommy akan kongsikan step by step cara buat nasi lemak terengganu original ikan aye atau ikan tongkol.
Step By Step Resepi Nasi Lemak Terengganu Original Ikan Aye Atau Ikan Tongkol
Nasi Lemak Terengganu Original - Dimakan bersama ikan aye masak merah / masak sambal |
Membezakan nasi lemak Terengganu original dengan nasi lemak negeri lain adalah sambalnya. Jika anda biasa makan nasi lemak sambal kerang, udang, sotong dan sebagainya. Ia sama sekali berbeza dengan nasi lemak terengganu original yang dimakan bersama sambal ikan aye.
Bahan-Bahan Untuk Nasi Lemak Terengganu Original:
3 cawan beras
Santan cair
Daun pandan
Halia 1 inci
1 Biji Bawang merah
Garam.
Cara Masak Nasi Lemak Terengganu Original:
Basuh beras bersih-bersih, letak santan mengikut sukatan sama mcm masak nasi biasa. Campurkan semua bahan dalam rice cooker. ( pandan, bawang belah 6, halia, garam). Masukkan telur atas nasi (untuk jimatkan masa buat telur rebus.
Bahan-Bahan Untuk Sambal :
Ikan aye/tongko l(dikukus,lapik daun pisang dan daun pandan)
Bawang merah 30 biji/ besar 6 biji.*
Bawang putih 5 biji*
Asam jawa*
Asam keping
Belacan*
Cili boh /cili kering siap buang biji (rebus sehingga lembut)*
Gula merah/melaka
Garam
Perasa
Daun pandan.
Cara-Cara Masak:
- Kukus ikan aye terlebih dahulu. Caranya dengan melapik dengan daun pisang dan letak daun pandan diatasnya.
- Untuk sambal, blender semua bahan diatas yang bertanda * menggunakan air asam jawa.
- Tumis bahan yang diblend tadi sehingga pecah minyak. Masukkan daun pandan, asam keping, gula melaka, garam, gula dan perasa.
- Masak sehingga betul-betul pecah minyak dan pekat. Kemudian, masukkan ikan yang telah direbus tadi.
- Masak sekejap, kemudian boleh dihidangkan. Dah siap!
Bahan blend untuk sambal ikan aye |
3 Comments
Sedapnya . Nanti nak cuba buat sambal macam tu. Tk berkongsi resepi.
ReplyDeletekalau gi umah kak long di Sura Tengah memang kuar make nasi lemak sambal ike aye di gerai depan umah dia.
ReplyDeleteTak pernah lagi makan nasi lemak terengganu. entah bila lah nak merasa yang original kat ganu.
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.