Assalamualaikum wbt,
Terengganu Negeri Cantik Pantai Menarik | Pernah tak dengar ungkapan ini apabila iklan tentang melawat negeri Terengganu ditayangkan di televisyen anda? Ya, ungkapan ini mommy boleh katakan sangat sesuai ditujukan kepada negeri Terengganu. Anda jangan marah pula ye. Mentang-mentang mommy duduk di negeri Terengganu, terus puji melambung.
Untuk pengetahuan anda semua, negeri Terengganu mempunyai jaluran pantai sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Ini bermakna anda boleh menikmati perjalanan ditepi pantai selama 4 jam jika dihitung dengan waktu. Namun begitu, anda tidak perlu melalui sepanjang 225 kilometer tersebut untuk menikmati suasana dan hembusan angin pantai.
Jika anda berkunjung ke negeri Terengganu, walau dimana sahaja anda pergi, pasti anda boleh menikmati keindahan pantai negeri Terengganu yang cantik dan menarik. Dibawah nanti mommy akan kongsikan keindahan pantai yang menarik di Terengganu dan anda boleh singgah jika berkunjung ke negeri Terengganu nanti.
Sebelum itu, anda boleh lihat keindahan suasana di tepi pantai Marang yang sempat mommy singgah petang tadi.
Pantai Menarik Di Negeri Terengganu
Kebebasan buat my princess selepas pkpp |
Gembira sungguh anak mommy bila dibawa ke pantai, bila diajak balik pun tidak mahu. Jenuh juga untuk memujuk princess pulang, maklumlah selepas beberapa lama berkurung di rumah. Bila dilepas bebas seperti ini, pasti memberi keseronokan dan kepuasan buat anak-anak. Petang tadi, hanya kami bertiga sahaja berada disini, menikmati suasana ketenangan dan kedamaian pantai. Sungguh indah bukan!
2. Pantai Paka
Dulu, pantai Paka sangat cantik dan dipenuhi dengan gerai serta kedai-kedai untuk diminum petang. Mommy setiap hari boleh dikatakan mengunjungi pantai Paka ketika bekerja dahulu. Ialah, makan tengah hari ajak kawan-kawan minum air kelapa muda fresh, air jagung serta makan keropok, laksa penang, mee sup, mee rebus dan sebagainya. Sambil makan dan minum, kita disapa dengan deruan angin dan ombak yang mendamaikan.
Namun, sejak awal tahun 2016 persisiran pantai Paka perlu dikosongkan. Banyak kedai dirobohkan dan sekarang digantikan seperti foodcourt. Mommy rasa mungkin majlis daerah ingin mengambil hasil dari peniaga dengan perlu membayar sewa bulanan. Keadaan ini sudah tidak sama lagi seperti dahulu.
Ini pemandangan dari sisir pantai paka. Mommy sangat suka dengan pantai, rasa tenang dan damai.
3. Pantai Dungun
Keadaan pantai Dungun kini sudah berubah, akibat daripada pukulan ombak persisiran pantai semakin terhakis. Dulu antara jalan dan pantai jauh, kini tidak lagi. Sangat dekat, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan persisiran pantai dan jalan tidak roboh. Mommy agak pasti berjuta-juta kos kerajaan tanggung untuk pastikan keadaan pantai Dungun selamat dan tidak roboh. Di pantai Dungun, foodcourt dan gerai lebih banyak berbanding di pantai paka.
4. Pantai Mengabang Telipot
Pantai Mengabang Telipot terletak di Kuala Terengganu, jika dari rumah mommy di Paka ia mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Pantai Mengabang Telipot terkenal dengan kedai makanan laut celup tepung. Jika anda ingat, kedai Pok Nong Celup Tepung terletak di persisiran Pantai Mengabang Telipot.
Kedai PokNong samgat popular dikalangan rakyat Malaysia, tak kira dari negeri Terengganu sendiri ataupun dari luar Terengganu. Ia menjadi tarikan utama kepada pengunjung apabila mengunjungi Pantai Mengabang Telipot.
Namun begitu, kini keadaan pantai semakin membimbangkan kerana berlaku hakisan sehingga jarak antara jalan dan pantai semakin dekat. Mungkin pihak yang bertanggungjawab berusaha keras untuk memastikan keadaan persisiran pantai negeri Terengganu ini kekal cantik dan menarik serta seamat untuk dikunjungi.
5. Pantai Rantau Abang
Pantai Rantau Abang menarik juga untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah, cantik dan mendamaikan. Sesuai untuk persinggahan bersama keluarga untuk menikmati makanan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
Pantai Rantau Abang ini lebih kecil berbanding pantai-pantai yang lain kerana ramai sepanjang pantai terdapat rumah penduduk tempatan. Jika anda takut terkena pukulan badai, jangan sesekali berjmah ditepi pantai. Namun, penduduk pantai Rantau Abang ini semuanya berani kerana rumah mereka betul-betul ditepi pantai.
6. Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk terletak di kawasan Bandar Kuala Terengganu, ia mengambil masa lebih kurang 5 hingga 10 minit sahaja untuk sampai jika anda berada di kawasan Bandar Kuala Terengganu. Pantai Batu Buruk adalah nadi utama pantai diseluruh negeri Terengganu. Jika anda berkunjung ke Terengganu, pasti tidak lengkap jika tidak mengunjungi pantai ini.
Pantai Batu Buruk lebih luas dan panjang, ia terletak bersebelahan dengan Hospital Besar Terengganu iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Jika anda datang melawat sanak saudara, boleh bersantai ditepi pantai ini. Pelbagai aktiviti menarik terdapat di Pantai Batu Buruk ini, antaranya adalah buaian, kereta berkuda, boleh naiki kuda, bermain layang-layang, belon dan sebagainya.
Tidak ketinggalan gerai jualan makanan juga terdapat di pantai Batu Buruk ini. Anda boleh nikmati pelbagai jenis makanan disini, pilih sahaja ingin makan yang mana.
Inilah antara 6 pantai yang sering mommy kunjungi, banyak lagi sebenarnya pantai yang ada di negeri Terengganu ini. Sepanjang perjalanan pasti kalian akan bertemu dengan pantai. Boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja.

Suasana pelanggan di kedai Pok Nong Celup Tepung. Sentiasa dipenuhi dengan pelanggan, korang kalau nak pergi kena pergi awa tau.
Namun begitu, kini keadaan pantai semakin membimbangkan kerana berlaku hakisan sehingga jarak antara jalan dan pantai semakin dekat. Mungkin pihak yang bertanggungjawab berusaha keras untuk memastikan keadaan persisiran pantai negeri Terengganu ini kekal cantik dan menarik serta seamat untuk dikunjungi.
5. Pantai Rantau Abang
Pantai Rantau Abang menarik juga untuk dikunjungi kerana pemandangan yang indah, cantik dan mendamaikan. Sesuai untuk persinggahan bersama keluarga untuk menikmati makanan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
Pantai Rantau Abang ini lebih kecil berbanding pantai-pantai yang lain kerana ramai sepanjang pantai terdapat rumah penduduk tempatan. Jika anda takut terkena pukulan badai, jangan sesekali berjmah ditepi pantai. Namun, penduduk pantai Rantau Abang ini semuanya berani kerana rumah mereka betul-betul ditepi pantai.
Keindahan ciptaan Allah swt
6. Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk terletak di kawasan Bandar Kuala Terengganu, ia mengambil masa lebih kurang 5 hingga 10 minit sahaja untuk sampai jika anda berada di kawasan Bandar Kuala Terengganu. Pantai Batu Buruk adalah nadi utama pantai diseluruh negeri Terengganu. Jika anda berkunjung ke Terengganu, pasti tidak lengkap jika tidak mengunjungi pantai ini.
Pantai Batu Buruk lebih luas dan panjang, ia terletak bersebelahan dengan Hospital Besar Terengganu iaitu Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Jika anda datang melawat sanak saudara, boleh bersantai ditepi pantai ini. Pelbagai aktiviti menarik terdapat di Pantai Batu Buruk ini, antaranya adalah buaian, kereta berkuda, boleh naiki kuda, bermain layang-layang, belon dan sebagainya.
Tidak ketinggalan gerai jualan makanan juga terdapat di pantai Batu Buruk ini. Anda boleh nikmati pelbagai jenis makanan disini, pilih sahaja ingin makan yang mana.
Inilah antara 6 pantai yang sering mommy kunjungi, banyak lagi sebenarnya pantai yang ada di negeri Terengganu ini. Sepanjang perjalanan pasti kalian akan bertemu dengan pantai. Boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja.
5 Comments
feveret saya di Terengganu adalah Pantai Kemasek..
ReplyDeletekenangan sangat sebab penah duduk sana.. jadi selalu mak n arwah ayah dalam setahun mesti akan kesana semula. skrg ni sejak ayah dah x ada jarang2 da..
Wahh, siti pernah duduk sini ye. Nanti datang Paka, jemput datang rumah tau.
ReplyDeleteKasha suka gi pantai. Boleh snap gambar cantikkan.
ReplyDeleteterengganu banyak pantai cantik. bilalah nak kesana entah. kenapalah jauh sangat. huhu
ReplyDeletelama sungguh tinggalkan negeri teganu sejak atuk dah meninggal. entah bila nak singgah pulok :-)
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.