Assalamualaikum wbt,
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2020 mommy ucapkan kepada semua sahabat yang meraikannya. Pernah tak anda makan air asam perut lembu? Kerabu perut lembu? Jika pernah, tahu tak cara macam mana nak bersihkan perut lembu?
Ramai yang makan perut lembu dan ia sangat sedap bagi yang gemarkannya. Mommy antara salah seorang yang memang gemar makan air asam perut lembu. Biasanya, mommy makan sahaja tetapi tidak bersihkan. Namun, pada tahun ini mommy terpaksa lakukan sendiri kerana mak yang biasa buat sebelum ini berada di Kelantan.
Jadi, jom kita belajar cara bersihkan perut lembut sehingga bersih sebersihnya.
CARA BERSIHKAN PERUT LEMBU DENGAN MUDAH
Langkah 1
Sediakan bahan-bahan untuk mencuci perut lembu:
- Kapur makan 1 bekas
- Cuka 1 botol
- Berus sabut
- Air paip
- Bekas
Bersihkan sisa tahi yang terdapat pada semua perut-perut, buat segala benda asing yang melekat pada kulit perut dengan air paip.
Untuk pengetahuan anda semua, perut lembu ada beberapa jenis, antaranya adalah perut kitab, perut muda dan perut karpet. Berbeza cara pembersihan perut muda iaitu anda hanya perlu picitkan air ke dalam perut muda supaya sisa dalam perut keluar. Kemudian cuci pula dengan air cuka.
Langkah 2
Cuci perut muda terlebih dahulu, picit segala isi yang terdapat dalam perut muda. Kemudian, lalukan dengan air paip dengan kuat. Untuk lebih mudah, potong perut muda tadi dengan saiz yang lebih kecil atau pendek.
Perut muda adalah perut yang jenis panjang dan silinder. Selesaikan cuci bahagian dalam, bersihakn pula dengan air campuran cuka. Untuk mengurangkan bau lembu dan lebih sedap di makan.
Langkah 3
Bersihkan perut kitab dan perut karpet dengan lebih mudah iaitu dengan cara anda perlu lumurkan kapur makan pada bahagian kulit perut. Lumurkan ke semua bahagian dan biarkan seketika.
Selepas itu, anda ambil berus sabut dan gosokkan permukaan perut tadi. Dengan mudah ia akan tertanggal perut berwarna hijau lumut dan menjadi putih bersih. Lakukan sehingga hilang warna gelap dan tinggal warna putih sahaja.
Lakukan bersama pembantu supaya anda tidak kelenguhan. Haha
Selepas bersih dari warna hijau lumut, bersihkan pula dengan air cuka. Supaya apabila kita makan, tidak terlampau bau lembu yang kuat. Kemudian, rebus perut lembu sehingga empuk.
Jangan buang air rebusan perut lembu tadi, ia boleh dibuat air asam perut lembu pula.
CARA BUAT AIR ASAM PERUT LEMBU
Bahan-Bahan:
- Limau nipis
- Cili
- Belacan
- Garam
- Sedikit air rehusan perut lembu
Cara-Cara:
Ambil 1 senduk air rebusan perut, perah 5 ke 10 biji limau nipis, masukkan sedikit garam, belacan dan cili. Kacau sehingga kesemua sebati dan masukkan hirisan perut dan kacau lagi. Kemudian, boleh di makan dengan menyelerakan.
12 Comments
memang leceh nak bersihkan perut lembu ni tp bila makan sedap!
ReplyDeleteehehh.. tau makan ja cuci2 x penah buat..
ReplyDeletebila dapat tu tau2 da bersih hehe..
Betul tu Abam Kie. Leceh, tapi nak makan. hihi
ReplyDeleteBiasa macam tu jugak siti, skang ni tak de orang nak buat dah. kena buat sendiri laa.
memang leceh nak bersihkan..kalau dah masak lemak dgn rebung memang sedap
ReplyDeletePernah tengok orang cuci perut lembu..susah jugak..
ReplyDeletepernah tengok orang cuci perut lembu tu. gigih betul kena cuci bersih. mujur tak makan perut. tapi yang jenis makan, memang kena gigih lah cuci kan
ReplyDeleteTak pernah tahu pun macam mana nak cuci perut lembu. Tau makan je. Leceh jugak nak mencuci perut lembu rupanya.
ReplyDeletesuka jga mkn bila buat kerabu perut he hee tp lum penah cuci sendiri. biasa arwah mak siapkan
ReplyDeletehu huu
Tak pernah lagi bersihkan perut lembu. Makan selalu dah.
ReplyDeletePerut lembu sedap juga dibuat sop...masam2 sikit.
Ai tak boleh makan perut lembu kalau tengok dari proses pembersihan tu. Hurmmm
ReplyDeletesedap tu..perut lembu air asam ..
ReplyDeletemak paling suka makan sebab dia rajin.. nina jenis xmkn organ2 dalaman haiwan. heee
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.