Assalamualaikum wbt,
Hari ini Wawa nak kongsikan resepi Ayam Masak Kam Heong. Resepi ini wawa belum pernah cuba, nampak macam senang, bagi yang tak tahu nak masak apa lepas ini. Boleh cuba resepi ayam masak kam heong ini.
Adakah ini masakan orang cina? Mungkin juga sebab nama resepi pun dah cina kan? Resepi Ayam Masak Kam Heong. Hihi
Resepi Ayam Masak Kam Heong
Bahan-Bahan Ayam Masak Kam Heong
- Ayam yang dipotong dan gaulkan bersama dengan kunyit dan sedikit garam
- 1 biji bawang besar dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih dihiris nipis
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu serbuk kari ayam dan daging
- 3 biji cili hijau dipotong panjang
- sedikit sos cili
- sedikit sos tiram
- sedikit kicap
- Minyak untuk menggoreng ayam
Cara-cara Masak Ayam Kam Heong
1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah disalut dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng sehingga masak dan angkat.
2. Minyak lebihan goreng ayam, jika terlampau banyak buang terlebih dahulu.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari ke dalam kuali dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan 2 sudu serbuk kari dan cili yang dibelah 2.
5. Masukkan pula sos cili, sos tiram dan kicap.
6. Kacau sehingga masak, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng.
7. Kacau dan gaul sehingga ayam sebati dengan kuah. Dah siap.
Baca :
1 Comments
sedapnya ni, dah rasa dah dekat tekak sbb rasa dia sedap sngt.... my mom pernah masak!!
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.