Assalamualaikum wbt,
Mee kari sesuai dijadikan menu pelbagai majlis keraian antaranya, hari jadi, rumah terbuka, majlis tahlil, bertunang dan bermacam-macam lagi. Walaupun penyediaan mee karing ini sedikit leceh, tetapi ia sangat berbaloi untuk dibuat dan dijamu untuk keluarga.
Mee Kari Special |
RESEPI MEE KARI SPECIAL
Bahan² untuk kuah:
🥘Ayam @ daging
🥘Tauhu pelampung (goreng sekejap)
🥘2biji bawang merah besar *
🥘3biji bawang putih*
🥘2s/b udang kering*
🥘10tangkai cili kering*
🥘1batang serai (ketuk)
🥘4s/b serbuk kari√
🥘2s/b serbuk cili√ (nak skip pun boleh)
🥘1kotak kecik santan
🥘1cwn air
🥘1pc kiub pati ayam
*Kisar*
*bancuh degan sedikit air*
Cara Buat Mee Kari Special
👉Panaskn minyak. Masuk serai, masuk bahan kisar * dan √. Tumis sampai pecah minyak. Masuk ayam@dging.. bia bagi masak sekejap ya. Lepas tu baru masuk santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya, jagan cair @ pekat sangat. Perasakan garam, gula dan perasa. Biar mendidih. Baru masuk tauhu tadi. siap.
Bahan lain Untuk Buat Mee Kari Special:
🔸Mee kuning (celur sekejap)
🔸Fishball (goreng&hiris)
🔸Fishcake (goreng&hiris)
🔸Tauge
🔸Daun sup (hiris)
🔸Lada merah/hijau (hiris)
🔸bawang goreng
🔸Limau kasturi
🔸Telur rebus belah dua
🌱Nak tambah kerang/udang pun bole🌱
Selamat mencuba🧡 @ Felda Bukit Besar, Kulai Johor.
.Resepi Asal : Kak Ros
Tips dari Che Nom:
- Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
- Boleh juga gunakan santan kotak (1 kotak) dan campurkan sedikit air untuk kuah.
4 Comments
rupa dah nampak mcm mee kari old town tapi surely this one lagi sedap kan
ReplyDeleteMee kari ni, lagi banyak inti, lagi best kan 😁
ReplyDeleteHai kak wawa.
ReplyDeleteSalam kenal.
Baru tengahari tadi saya masak mee kari, tapi takdelah spesel, bawang goreng ulam2 tu semua takde, hihi.
lama x makan mee kari mcm teringin pulak
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.