Assalamualaikum wbt,
Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021, di Malaysia kewujudan blogger semakin berkembang pesat. Boleh dikatakan ribuan akaun blogger yang didaftarkan di google sejak PKP dilaksanakan di Malaysia. Pelbagai genre yang dikongsikan oleh blogger, antaranya adalah blogger resepi, parenting, travel dan tidak ketinggalan tentang lifestyle.
Pada hari ini Wawa nak berkongsi dengan anda semua, Top 28 Lifestyle Bloggers Di Malaysia 2021 yang kalian boleh follow. Termasuklah blog wawa sendiri yang mengetengahkan tentang kehidupan seharian, resepi, parenting dan banyak lagi informasi yang wawa kongsikan di blog ini.
Top 28 Lifestyle Bloggers in Malaysia in 2021
Antara 28 Top List Lyfestyle Blogger di Malaysia adalah :
1. Sis Awadah
Blogger Sis Awadah tidak perlu diperkenalkan lagi, wawa yakin ramai yang mengenali Sis Awa. Blog Sis Awadah banyak berkongsi tentang lifestyle, parenting dan ilmu blogging. Ibu kepada 6 anak. Suka kongsi pelbagai info dan panduan sebagai rujukan. Telah berkecimpung dalam dunia blog selama 4 tahun sejak 2017.
2. Eyqa Hasnan
Merupakan seorang blogger yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan blog, yang mana blog Eyqa sendiri telah berusia 11 tahun Blog lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.
3. Ciktom
Blogger Ciktom yang telah berpengalaman selama 11 tahun dalam dunia blogging, blog Ciktom banyak berkongsi tentang lifestyle, parenting & tips.
4. Ardini Humaira
Blogger Ardini Humaira juga merupakan seorang blogger yang banyak pengalaman iaitu blog Ardini juga sudah berusia 13 tahun. Woww, lama kan, blog Ardini berkisar tentang lifestyle, beauty, parenting, personal, tips, review, masakan.
5. Azlinda
Blogger Azlinda atau lebih dikenali sebagai mommy lynn, merupakan lifestyle blogger suka menulis di blog tentang dekorasi rumah, make over rumah, travel, masak-masak, pengalaman yang pelbagai aspek. Blog Mommy Lynn sudah berusia 8 tahun.
6. Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd)
Blog Islamic Fashion & Parenting Lifestyle sebagai Wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi aktiviti DIY, fesyen dan aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masakini yang selalu meletakkan "Family First" dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan. Blog Bie Mohd telah berusia 14 tahun.
7. Fuzy Rahamah Hamid
Lifestyle blog berkongsi pelbagai cerita tentang kerjaya, keluarga, masakan. Blogger Kak Fuzy sudah lama dalam dunia penulisan blog yang mana Kak Fuzy telah bersama dengan blog sudah 15 tahun.
8. Alia Farhan
Blogger Alia Farhan banyak berkongsi di blognya tentan lifestyle, berkongsi tentang masakan, keibubapaan travel , deco dan DIY.
9. Chaza Xiaojie
Blog Lifestyle, parenting, food, beauty. Suka berkongsi pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan. Kini minat tertumpu kepada photography. Suka ambil gambar cantik-cantik agar orang suka tengok hasil kita dan boleh kongsi di blog sendiri. Cx juga berkongsi review produk dan drama juga filem.
10. Yaya Azura
Lifestyle, parenting blogger. Juga suka berkongsi pelbagai resepi dan tips. Ibu kepada 2 cahayamata. Mula berblog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudiannya menjadikan blog sebagai sumber menambah pendapatan.
11. Bonda Zaidalifah
Blogger Bonda Zaidalifah merupakan blogger yang telah lama menulis di blognya. Penulisan blog mengenai lifestyle ,travel, resepi, review novel, review drama dan review produk.
12. Sii Nurul
Blog perkongsian lifestyle, blogging, tips & panduan kerjaya, review dan pengalaman hidup.
13. Meksah
Blogger Meksah banyak berkongsi tentang Lifestyle di blogya, selain daripada itu, Meksah turut berkongsi pengalaman dan informasi. Ibu kepada seorang anak Lelaki berumur 3 tahun.
14. Messarah
Seorang peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd. Pernah berkongsi pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya.
15. Marina Bashah
Blogger Marina banyak berkongsi tentang Lifestyle, parenting, food, beauty, hotel, travel. seorang wanita yang bekerjaya. kerja hakiki kadang kala kena travel. Alang-alang travel pergilah bercuti sekali dan share tempat makan, hotel dan tempat bercuti.
16. Rozita
Blog lifestyle. Banyak cerita pasal personal life, kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masakan dan resepi, kerjaya, dan petua.
17. Fadzi Razak
Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.
18. Zati Salim
Blogger Zati Salim banyak berkongsi di blog tentang lifestyle , berkongsi tentang isu semasa,tips,resepi,tutorial blog.
19. Hawa Hassan
Blog lifestyle. Suka kongsi tentang susun atur, projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan kehidupan.
20. Eswati Azni
Eswati Azni merupakan blogger yang banyak berkongsi di blognya tentang pelbagai topik. Antaranya, Lifestyle, Travel, kesihatan, beauty dan drama.
21. Bonda Chanteq
Blogger Bonda Chanteq berkongsi di blognyatentang Lifestyle, info kesihatan, tips, resepi, kisah benar.
22. Aida Hanafiah
Blog tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Tidak kurang juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.
23. Norhana Rosmida
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Seorang Young Living Distributor juga, suka share pasal pengalaman sendiri guna natural remedies untuk wellness anak-anak.
24. Sharina (Opzzpinky)
Ibu kepada sepasang anak, edan eshal, dahulu blog tempat meluah, sekarang jadi tempat mengaut rezeki hihi, alhamdulilah, lifesytle blogger, berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.
25. Zaza Azman
Dikenali sebagai Mama Monsta. Blog berbahasa inggeris. Gemar Kongsi resipi simple2, kongsi tempat2 makan menarik. Suka review brg kecantikan dan kesihatan. Suka share psl hal anak2, general knowledge dan tips2. Blog niche lifestyle, parenting, beauty and food.
26. Azhafizah
Perkongsian resepi mudah dan enak masak cara tersendiri. Terdapat juga tip-tip dan petua masakan yang boleh diguna pakai. Resepi tidak terhad pada resepi sendiri, ada juga perkongsian masakan orang lain.
27. Bella Jamal
Bella Jamal merupakan blogger yang menulis dalam Bahasa Inggeris. I writes about a wide variety of reviews and information about food, pet and travel. Product reviews are provided for the public to read about and you can check out some tips from the homecooking recipes.
4 Comments
Tahniah semua
ReplyDeleteblogger2 hebat!
ReplyDeletehopefully il be one in the list in future :)
ReplyDeleteBanyak juga kakak ya senarai blogger hebat di Malaysia
ReplyDeletePost a Comment
Hai, Terima Kasih diatas comment anda. Semoga terus berjaya dan bahagia selalu.