Assalaualaikum wbt,

Lagi 10 hari bulan Ramadhan bakal tiba. Sudahkan kita menghabiskan ganti puasa yang telah ditinggalkan pada tahun lalu? Jika belum, jom sama-sama kita marathon menghabiskan ganti puasa sebelum bulan puasa datang kembali. 

Hukum bersetubuh waktu siang bulan ramadhan
Hukum Jimak Waktu Siang Bulan Ramadhan


Doa Sambut Bulan Ramadhan

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Doa menyambut Ramadan

Bagaimana caranya menyambut Bulan Ramadan yang penuh barokah. Rasulullah Saw mengajarkan doa sebagai berikut.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجب وَشَعْبَانَ ، وَبَلغنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah berkahilah kami pada bulan rajab dan sya’ban, dan sampaikan kami di bulan ramadhan.”

Doa itu dipanjatkan agar Allah Ta’ala memberikan keberkahan di bulan suci ini dan supaya Allah Ta’ala berkenan memanjangkan umur hamba hingga dapat menikmati keistimewaan bulan Ramadhan.

Muslim juga dianjurkan untuk memanjatkan doa sebagai berikut:

اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَم رَبِّيْ وَرَبُّكَ اللهُ هِلاَلَ رُشْدٍ وَخَيْرٍ

Allahumma ahlilhu 'alayna bil-amni wal iimaani wassalaamati wal islaami, Robbii wa Robbukallahu, hilala rusydin wa khoirin.

Artinya: Ya Allah, Jadikanlah bulan ini kepada kami dalam kondisi aman dan hati kami penuh dengan keimanan, dan jadikanlah pula bulan ini kepada kami dengan kondisi selamat dan hati kami penuh dengan keislaman. Rabb ku dan Rabb mu Allah. Bulan petunjuk dan bulan kebaikan.” (HR. Turmudzi).

Hukum Dan Kaffarah (Denda) Bersetubuh Di Waktu Siang Bulan Ramadhan

Hukum bagi seseorang yang bersetubuh dibulan puasa dalam keadaan sedang berpuasa, hukumnya adalah BERDOSA dan Haram.

Kaffarah puasa hanya dikenakan kepada sesiapa yang melakukan jimak atau bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.


Kaffarah atau denda itu tidak dikenakan keatas seorang isteri , ia hanyalah dikenakan keatas seorang suami.

Sesiapa yang melakukan persetubuhan semasa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa atau tidak mengetahui hukumnya haram, atau membatalkan puasa yang bukan puasa bulan Ramadhan, atau sengaja membatalkan puasa. Tetapi tidak dengan bersetubuh atau bersetubuh semasa bermusafir yang diharuskan berbuka puasa, maka semua yang tersebut tidak wajib kaffarah dan hanya wajib menggantikan puasanya sahaja.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 3/116)

Orang Yang Diwajibkan Kaffarah

Orang Yang Diwajibkan Kaffarah

Kaffarah hanya dikenakan ke atas suami sahaja dan tidak dikenakan terhadap Isteri. Ini seperti yang dinyatakan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya:

“Wajib seseorang suami membayar kaffarah. Dan tidak dikenakan ke atas perempuan walaupun ia berpuasa. Ini kerana hak yang membayar kaffarah jimak dikhususkan ke atas lelaki bukan perempuan seperti mahar. Kerana perbuatan menyetubuhi disandarkan kepada lelaki, maka wajib ke atasnya kaffarah. Oleh itu, perempuan hanya wajib mengqada puasanya sahaja.” 
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/204)


Begitu juga yang dinyatakan dalam al-fiqh al-Manhaji:
“Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan Ramadhan wajib ke atas suami sahaja dan tidak wajib ke atas isteri walaupun dia sedang berpuasa. Ini kerana kesalahan suami lebih berat dan lebih buruk.” (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 3/116)

3 Cara Bayar Kafarrah

Cara Membayar Kafarrah ada tiga, iaitu:

1. Membebaskan seorang hamba. 

2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut.

3. Memberi makan kepada 60 orang miskin.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kaffarah?

  • Seorang Isteri tidak dikenakan kaffarah dan kaffarah hanya dikenakan ke atas suami. Isteri hanya diwajibkan menggantikan puasanya sahaja mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
  • Tidak dikenakan kaffarah kepada sesiapa yang melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan disebabkan oleh kejahilannya atau tidak mengetahui hukum haramnya
  • Berkenaan dengan puasa yang di tinggalkan, maka diwajibkan ke atas keduanya untuk menggantikannya mengikut bilangan hari dan dikenakan fidyah sekiranya melebihi tahun yang mendatang serta fidyahnya bertambah mengikut bilangan tahun yang ditinggalkan.
Sumber : muftiwp