Assalamualaikum wbt,

Sudahkan anda mencuba resepi daging dendeng khairulaming? Melihat videonya selama satu minit sudah cukup membuatkan kita terliur untuk mencuba. Penyediaannya sangat mudah, tidak perlua banyak langkah untuk memasaknya.

Resepi Daging Dendeng Khairulaming

Resepi khairulaming, resepi daging dendeng khairulaming,
kredit gambar from google

Sebelum memulakan proses memasak, kita perlulah menyediakan bahan-bahan supaya dapat memasak dengan cepat dan lancar.

Bahan-bahan:

  • 1kg daging (direbus 45 minit)
  • 4 batang serai
  • Halia sebesar ibu jari
  • 4 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Segenggam cili kering yang direbus
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan kicap manis
  • Gula
  • Garam
  • Ajinomoto
  • 6 cili padi merah
  • Sedikit asam jawa
Cara Memasak:

Mulakan dengan merebus daging sehingga empuk, kemudian toskan daging yang direbus, hiris daging nipis dan tumbuk manja. Gaulkan daging dengan kicap manis dan goreng dengan perlahan.

Sediakan pula bahan untuk menumis, blend bersama serai, halia, bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah direbus. Tumis di dalam lebihan minyak goreng daging tadi sehingga pecah minyak, masukkan sedikit air, masukkan pula satu cawan kicap manis, daun limau purut, sedikit air asam jawa. Jangan lupa tambahkan garam, gula dan ajinomoto untuk sedapkan masakan anda.

Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng, 3 biji cili merah yang diketuk dan gaul sehingga rata. Selepas semuanya sekata, daging dendeng dah siap untuk di makan.

Selamat mencuba.