Assalamualaikum wbt,

Semalam wawa kongsikan resepi daging dendeng yang sesuai untuk dimakan bersama nasi tomato. Jadi, hari ini wawa kongsikan pula resepi nasi tomato dan acar dari Khairulaming. Kenapa wawa kongsikan diblog, kerana ia mudah untuk wawa rujuk bila nak memasak nanti. 

Resepi Nasi Tomato Khairulaming

resepi nasi tomato khairulaming

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air

(Acar)

  • Lobak
  • Lada merah
  • Bawang merah
  • Timun
  • 6 sudu cuka
  • 3 sudu gula
  • 1/2 sudu kecil garam

(Bahan tumis)

  • 3 sudu minyak sapi
  • 3 biji bawang merah (dipotong)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong)
  • Halia besar ibu jari
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 3 bunga cengkih
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 sudu puri tomato
  • 1 sudu gula
  • 1/3 sudu garam
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara memasak:

1. Basuh dan rendamkan beras basmati selama setengah jam.
2. Tumiskan minyak sapi, bawang, halia dan tiga sekawan dan gaul hingga bawang layu.
3. Masukkan susu cair dan kiub pati, kacau dan masukkan puri. Masukkan gula, garam dan daun pandan lalu kacau sebaiknya.
4. Masak nasi dengan air dan tumisan. Tunggu 10-15 minit sebelum dibuka.
5. Acar: Potong lobak, lada, bawang dan timun. Gaul dengan cuka, gula dan garam lalu biar seketika.

Penyediaan nasi tomato yang sangat mudah, ringkas dan sedap. Selamat mencuba.